logo ATM |
post kali nie, gua nak citer pasal pengalaman gua makan malam bersama-sama ngn Skuad Komando 21 batch-38 semasa mereka berlatih bersama tentera Mesir di Camp Chezar. gua telah diundang untuk makan malam bersama mereka. menu malam itu sangatlah sedap, TOM YAM AYAM SIAM PEDAS KAW, ciptaan gua sendiri. walaupun gua diundang namun gua yang masak sebab gua faham mereka penat selepas menjalani latihan ala komando di Camp Chezar.
proses memasak tomyam |
gua sempat beramah mesra bersama mereka dan di sebalik wajah mereka yang garang dan sifat yang tegas, mereka amat peramah dan melayan tetamu dengan baik sekali. gua amat terperanjat kerana mereka melayan gua dengan baik sekali, walaupon gua bukanlah salah seorang ahli skuad Komando 21 ini.
Busuk |
bukan itu sahaja, rupa-rupanya diorang ini adalah pencinta haiwan. mereka mempunyai haiwan peliharaan iaitu seekor kucing yang bernama busuk walaupun sebenarnya kucing itu xdela busuk mana, standard kucing la kan. gua dapati badan kucing itu sangat tough seperti ahli rumah itu juge.
Tom Yam Gua |
ketika gua sedang dalam proses memasak tomyam itu, gua telah berganding bahu dengan mereka yang turut sama memberikan kerjasama memasak, diorang ini memang terbaik lah. walaupun sifat maskulin atau kejantanan terserlah, mereka masih mampu memasak dengan lazat.sebagai hasilnya malam tu, gua makan tomyam dengan penuh selera berserta sambal tumis ikan bilis, memang terbaik la gua cakap sama lu orang. hahaa.
PERIBAHASA HARI INI : "Seperti memasak tomyam dengan askar, kiri kanan dijaga, musuh pun lari."
KESIMPULAN : Sesuatu keadaan yang terjamin dan amat selamat.