Sunday, January 9, 2011

Selagi Roh Masih di Jasadku, Selagi itu Kau Dalam Hatiku.

ASYRAF ARIFF, aku kenal kau dah lama. dah banyak benda kita bersama, tapi skarang aku sendiri bersama yang lain, kau tiada. tapi itu bukan penamatnya acap. aku sayang kau, kami semua sayang kau. kau ingat sampai mati acap. kau kawan TERBAIK. aku harap kau xkan lupakan aku bila masa berlalu, bila kau dah berjaya nanti. aku sokong kau. aku masih kawan kau sampai bila2 acap. banyak jasa kau kat aku acap, aku xkan lupa. aku still terkejut ni kau dah xde. aku mintak maaf xdapat teman sampai Cairo. aku ada presentation. nanti kita jumpa lagi acap, kau jangan lost contact. ni ada sajak utk kau, aku buat utk kau ni. 

Cahaya Sang Mentari dan Purnama,
terang menyuluhku,
aku yang dahulu buta kini celik,
aku terlihat kau.

Sebelum aku lelapkan mata,
disebelahku,
ada kau. 
Pabila ku terjaga dari mimpi,
badanku digoncang,
ku lihat tangan kau menggenggam bahuku,
mengejutku dari terus leka dibuai mimpi duniawi.

Jalan-jalan usang kita harung bersama siang dan malam,
banyak masa kau dan aku adalah satu,
aku beralih tempat,
kau masih di situ.

Kegembiraan, kesedihan, kemarahan, 
semua pernah kita rasa,
ah sekadar jasad dipisah benua,
aku tidak bisa goyah,
kerana aku tahu kau pun sama.

Orang lihat kita lain, 
biarkan mereka kerana kita tahu kita sama.
Yang penting kita kenal hati kita,
kerana hati kita,
kita akan tahan sampai bila-bila.

p/s : :'(

jangan putus asa cari jalan kau.

aku ingat kau sampai bila-bila.