Wednesday, December 22, 2010

Junamnya Anak Panah dan yang Kulihat adalah Cinta

Skang gua tgh nak exam, gua tgh stress, ade orang kata stress tu bagus, gua kata, lu ngn stress lu leh gi mam. Mam apa? haaaa!! Paham sdiri okay. Stress adalah benda yang paling kita nak elak kalau study, sebab perkara paling mencabar adalah menghandle stress. X perlu stress, yang penting kesedaran utk study perlu ada. itu je.


Tadi gua sembang2 ngn member gua, owh yeah baby! Kitorg nak MELANCONG la pulok!! Gua berharap gila babs plan nie jadi. Lepas dah setel melancong baru la gua nak balik Msia summer nanti. WOHOOOOO!! Lepas tu Mama gua ajak gi China pulok. kalau betol lah jadi, this summer gonna be one hellaf a time gua cakap sama lu. 


Pasal duit tu memang gua kene jadikan Indo Mie sebagai kawan karib la start lepas nie. Xper, janji gua dapat pg Amsterdam. Gua tak tulis banyak kali nie sebab gua nak study lepas nie, sebenanye gua nak translate satu poem gua (atas permintaan member sekolah gua) yang gua buat utk AL DYNEA SAILEY KESAYANGAN gua!! hehe.



Bulan bintang menoleh pada kita,
lantas mereka geleng kepala,
tidak sekali kita mengambil cahaya mereka,
walhal kita lagi bergempita.

Kita setia mahu hati kita ditukar,
ribut libas kuat namun kita tegar,
berzaman kita pilih untuk tidak mencemar,
malah berkhayal dakap dan pantai untuk kita hampar.
Nangis, raung, ketawa dan suka,
hati ini kau punya jangan kau lupa.

Lalunya masa aku bercahaya,
perginya detik ku kalahkan bintang,
mereka hampa pandang cemburu,
lihat cahayamu dan sinar dari aku.

Awan berlalu ombak memecah,
pucuk muncul bunga pun mekar,
orang nampak warna dan jelita,
tidak bagiku bila jiwaku kegersangan cintamu.

Tapakku merasa dunia kian lama,
telan udara dan ku singkap peristiwa.
Kau dan aku menyilang lengan,
menyemai pohon kasih,
berusia ia sambil berangan,
makin tua namun tidak mati.

Bagai pelayar bersama kelasi,
gagah di lautan bila serasi,
bayangan dikau aku hampiri, 
ku cinta dirimu Al Dynea Sailey.





          

2 comments: