Sunday, October 24, 2010

HIJAU BUMI KITA...

tadi masa gua belek2 gambar2 yang gua snap masa cuti raya haritu kan, gua ternampak la banyak photo2 alam sekitar (pokok, bunga-bungaan, gunung dsb) dalam album gua nie. gua memang suka sangat alam sekitar ni, sebab gua rasa tenang giler beb bila lihat keindahan alam ciptaan Tuhan. pokok2 yang menjadi sumber oksigen kita nie, haiwan2 yang unik, gunung-ganang yang berjuta tahun usianya dan sungai2 yang jernih mmg gua xpenah jemu nak tengok. gua nak bangat pegi vacation khas untuk mengusha flora-fauna dan khazanah alam semula jadi yang lain. 


sejenis pokok yang cantik lantas membuat gua teruja nak tangkap gambar dia.

             
gambar dahan dia. 

namun begitu la kan, serta-merta perasaan sedih pilu memukul hujung hati gua nie, gua nak makan aspirin banyak2 takut addicted kan. gua sedih bukan sebab gambar tu buruk sebab gua xreti tangkap gambar, lantak pi la gambar buruk ke cantik ke asalkan gambar betol x kawan2? hahaha!! gua cume terfikir la, sampai bila la akan berkekalan kecantikan alam sekitar kita nie? adakah anak cucu kita sempat merasa pemandangan indah flora dan fauna yang ada di Malaysia? ntah la, gua pun tak taw la nak cakap camne. sedih nie. :( 



gua tengok tabiat membuang sampah merata-rata dah semakin menjadi darah daging salai dah skang nie. gua tgk pembalakan haram semakin serius dan terlalu bebas seakan-akan hutan simpan kita di Malaysia tu memang di-SIMPAN untuk pembalak haram. gua tengok ada nelayan menangkap ikan di kawasan terlarang malah menggunakan pukat mata kecil. kesian anak2 iakn xsempat nak besar dah masuk pukat. lu orang sedih tak?? kalau x sedih mmg xde taman la dalam hati lu orang nie. tabiat buruk merosakkan alam sekitar yang gua nak kupas lagi nie adalah mengamalkan pembakaran terbuka. kalau setakat bakar lemang time raye tu bukan ea... tu bukan haram tu, yang gua maksudkan adalah pembakaran hutan, pembuangan sisa asap kilang ke atmosfera dan lain2. 




camne kita nak atasi benda2 nie? kita kena start dari awal la beb, start dari benda2 kecik. sebab kalau kita nak direct pegi kilang sound manager, "wey bro agak2 la lu release asap macam nie bro. gua emphysema niee.. lu cantik sikit.." tu macam terlalu x berasas sebab kita kena pikir jugak kemungkinan kita dibaling masuk cerombong asap tu atau kalau sapa2 yang xpaham cerombong tu, dalam bahasa omputeh kita panggil chimney. haaa... we all kene pikir dalam2 jugak derr. xpe, kite start dengan benda simple, kita stop bakar2 luar2 rumah nie. kalau nak sangat bakar kita hadkan pembakaran tu. bukan tu je, kite boleh jugak amalkan recycling atau kitar semula. at least dapat jimatkan tenaga dan bahan mentah. betoi dak? haa, jangan lupa jugak semai minat menanam pokok x kira la pokok bunga ke, periuk kera ke, periuk babun ke, tanduk rusa ke, tanduk kijang ke, tanam balak ke dan banyak gila lagi la pokok yang ada dalam dunia nih. kan bagus cadangan gua nie. gua kat umah minat gak tanam2 pokok2 nie, gua ngan mak gua rajin la pegi pusat semaian beli tanah gambut, baja, dan anak2 pokok nak tanam kat sekeliling rumah, bukan saje dapat bantu hijaukan alam sekitar, malah mencantikkan rumah dan merapatkan hubungan ibu dan anak. apelagi??? try lahh!! japg lu orang usha la gambar gua ade clip nanti. gua rase minat sebab atuk gua minat pastu genetic tu dapat kat keluarga gua. terbaik btol!
nie bibik gua tanam. gua pun tatau bunga apa.


mak gua suka betol oked-oked nie.


gambar depan umah gua, pokok mak gua tanam.
close up sikit.



       gambar atuk gua yang gua sayang. dia memang suka tanam pokok2.







atuk gua minat tanam pokok buah-buahan, biasalah dah pencen, duk kampung bukan ada bende nak buat sangat pun, dia tanam pokok2 pastu skang semua pokok dah keluarkan hasil, nanti lu orang buat la mcam tu. time musim buah je, xyah nak beli2 dah, balik kampung je, buah semua menanti segar-bugar atas pokok. memang aritu gua panjat pokok manggis sambil makan buah atas pokok yang sama, memang gua xley nak citer kenikmatan tu. memang PERGHH!!! bukan senang bai nak dapat pengalaman macam nie. pokok langsat pun gua tibai jugak!



pokok langsat, penat gua panjat nak petik buah









  
           pokok rambutan belakang rumah atuk gua.


KESIMPULANNYA, kita kena jagalah anugerah yang Tuhan dah kurnia kat kita nie. gua btol2 sedey la tgk orang yang dok tebang sana tebang sini secara haram. panas je gua. kita jadikan diorang nie contoh yang mmg fakap gila lah ok? 


PERIBAHASA utk post kali nie... "Seperti orang melintas jalan tanpa menggunakan jejantas, lambat-laun dilanggar kereta". maksudnya, orang yang membuat kesalahan (pembalak dan nelayan yang melakukan aktiviti2 haram), pasti akan menerima hukuman setelah disabitkan kesalahan. PEACE BRATHA!! 

              PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT: "jadilah pengguna jalan raya yang bijak ye. gunakan jejantas."

3 comments:

  1. kampung kt mane?
    pic uh cantik je. :)

    if nak pegi holiday khas utk flora n fauna pegi lah sharm el sheikh anjuran U. haha.
    cantik kowt. :)

    like ; "Seperti orang melintas jalan tanpa menggunakan jejantas, lambat-laun dilanggar kereta".

    ReplyDelete
  2. gua suka pokok buah-buahan! haha

    ReplyDelete
  3. izyan: hehe, thanks. mana ada cantik, bukan trip tu da penuhh ke?? huhu.
    peribahasa akan disertakan dalam setiap post yang akan datang. kampung kat pahang, kuala lipis.

    king: king!!! LU SUKA KE?? nanti ikot i eh balik kampung i.

    ReplyDelete