Tuesday, October 26, 2010

AKU di BAWAH kelodak JAHILIYAH

we all semua dulu sekolah kan, ramai orangs menggebang zaman sekolah diorang semua baik2. jangan nak manis bicara sangat la kan, meh gua nak sembang sikit dengan lu orang pasal pengalaman gua dalam artikel yang bertajuk "AKU di BAWAH kelodak JAHILIYAH" nie. nakharem. 


gua suke pakcik nie senyum
seyes gua nak citer la kat sini, paling sucking adalah masa form1 ngn form2. gua nak citer sket lah pasal satu sistem yang diamalkan oleh senior dorm gua. lu orang nak tau sistem apa? nama sistem tu... 'Sistem TOL'. bapak die tol! gua dulu kan, masa sekolah asrama penuh kan, kalau gua balik rumah, mesti mak gua ajak g Billion ke Parkson ke ajak beli gua punya rations. mmg masa sekolah dulu ration gua banyak la beb sebab gua panas la ngn dewan makan (DM) sekolah gua. makanan untuk budak2 yang bakal menjadi jentera kepimpinan negara satu hari nanti adalah mirip makanan yang kita bagi binatang peliharaan makan. macem gapeks gua cakap lu. ikan jaket tu, walaupon dah masak, berdarah and smells like effin'shit u know whattafak is that? nak masak bagi manusia makan, seyes la sikit! itu la pasal gua banyak sangat Quaker Oat, Maggi, Campbell soup and other shits la i cant remember well la. and tidbits untuk gua breakfast pagi2 pn banyak la kan, so that gua leh focus la kan kat kelas. punya la baik niat gua nie. 


tapi gua mmg fakap la dulu, tapi nak hentam orang dulu gua kecik, xmampu nak hentam2 lagi. gua panas bukan sebab apa, gua panas bila kete mak gua sampai je kat perkarangan asrama, gua dah leh nampak kepala2 menjenguk kat tingkap. mmg gua tau la kejap lagi gua nye locker mesti dikerumun punye lah, macam orang kerumun gerai Pak Latip kat tempat gua tu sebab dia jual apam balik yang mmg kalau lu makan lu mmg mabuk kepayang sama dia punya apam balik lah! kalau amik sikit2 xpe, nakharam amik sampai tggal bag plastic. abis apa fungsi mak gua belikan banyak2? nak bagi satu blok dapat sorang sikit pastu gua xdapat makan? mmg BETOL! shitass. adalah sampai satu tahap tu kan, senior gua cakap,

"wey, tutup loker hang."
"apesal bang?"
"sebab setiap kali aku nampak loker hang bukak, aku wajib ambik satu makan dari loker hang."
"lah, kenapa macam tu plak?"
"ini sistem TOL, dorm nie wajib ikot."

hakelah, padahal la kan, gua sorang je yang tertakluk di bawah sistem camshit tu. haha! siot nye senior. 


tapi dulu la kan, bende yang paling penting adalah MAGGI! dan juga mee segera yang lain seperti Ruski, Indo Mee dan Mee Sedap. sebab ini yang paling efficient nak kenyangkan gua di saat gua memerlukan. dulu gua adalah berniaga sikit2 Maggi kat sekolah sebab demand mee segera kat asrama ni, sama macam demand beras subsidi kat negara kita, sama macam demand awek hot dari Subang, eh silap. haha! tersasul pulak. harga standard Maggi kat asrama adalah RM1.00 nett sebungkus. tu memang harga standard, semua orang tau. okay citer die macam nie... eh, tapi seblom tu gua nak cter dulu pasal sorang brader sekolah gua nie.
'emas di asrama'
brader nie memang terkenal dengan skill mem-pow yang betul2 teliti. gua dah dengar banyak pasal dia dulu, ramai dah fakap ngn dia. ade sekali gua pun kena mandrem gak ngn dia nie. hahaha!!! masa tu kan, dalam kol 12am la kan, light off dah masa tu. gua ngn member dorm gua nie pegi DM nak amik air panas, sekali ngn bekas maggi masing2, dah siap dah maggi tu, tggal nak letak air je, pas isi air panas kitorang mengorak langkah nak naik dorm di tingkat 1, ternampak lah brader yang terkenal nie, dia baru lepas bergayut kat public. pastu kan dia kata, 

"Fariz aku dengaq depa sembang Maggi hang paling sedap kat ASPURA nie." 

lantas beliau pun menyebat Maggi gua yang telah sedia dimakan tu sampai la tinggal kuah saje dan berkata,

"memang sedap la Maggi hang." 

memang sedap la citer dia!! tggal kuah je! mmg gua buat Maggi nak makan kuah je! haha! damn you. ok, gua dah kenalkan dah brader nie. skang gua nak citer epik episode gua ngn brader nie. brader nie datang kat gua, dia tanye,

"weh hang ada juai Maggi ka?"
'sudu dan garfu siap'
"ada" (dengan hati yang berat nak mampos)
"berapa hang juai?"
"standard la, sengget"
"mahainya! xpala la aku beli tapi hang kena tolong buat siap dalam bekas ngn garfu ngn sudu    sekali"
"okay" (kecewa cam sial)

 nak xnak gua buat la kan, gua form 1 pulak, hormat lagi la kan. pastu gua kena hantar pegi dorm dia la hantar Maggi yang telah siap dibancuh itu, brader tu cakap,
"time kasih, nanti aku bayaq"
"abang pas siap makan kalau xnak basuh xpe, hanta je balik bekas sebab saya nak pakai"
"nanti aku basuh laa, nanti aku hantaq kat hang"
"okay2"

HARI PERTAMA SELEPAS PERISTIWA - gua masih tidak menerima bekas gua tadi, gua pergi bertanya dengan penuh harapan, dia kata dia blom basuh, dia lupa. xpe, gua rilek sebab dia kate nak bagi esok. gua makan Maggi malam tu pinjam bekas member.

HARI KEDUA SELEPAS PERISTIWA - tiada bekas diterima.

HARI KETIGA SELEPAS PERISTIWA - masih tiada bekas. gua pon pegi lah tanya brader tu balik kan. dia rilek je kate, macam harem gua rase tau tak, fakap gila babs. 

"weh bekas hang aku taktau la pi mana, ada oghang ambik la, pastu aku dah taktau pi mana dah."

perasaan gua waktu itu - DUNIA TIDAK ADIL. ada ke patut dia buat gua macam tu. gua xde masalah pun ngn dia, seyes la, jangan la aniaya junior camtu. 

gua xpenah pun buat junior camtu. yelah, buat apa kan kita nak cari masalah ngn orang yang cool je ngan kita. kalau ada masalah lain citer la kan. pasal bekas tu, gua dah x menaruh harapan langsung. gua outing pegi beli bekas baru. ~tup tap tup tap, masa berlalu~

gua lepak dorm member gua, tiba-tiba gua ternampak, di celah-celah buku-buku usang, di tepi longgokan kasut yang berselerak di dalam perabot kayu yang dipenuhi sawang dan dipenuhi arthropods yang mungkin menjadi vector penyakit beebahaya, gua ternampak bekas Maggi gua. memori manis dan indah bersama bekas itu kembali menembusi fikiran gua, gua teringat brader tu. sampai hati dia memperlakukan sedemikian kepada bekas Maggi kesayangan gua itu :(

banyak lagi cerita yang gua nak kongsi bersama lu orang di bawah label EVIL DEEDS ini. nantikan...

PERIBAHASA HARI INI: "Bagai menatang concentrated hydrochloric acid yang penuh lalu tertumpah ke muka sendiri" 

MAKSUDnya: kita berbuat baik kepada orang kadang-kala menerima balasan yang memedihkan seperti terkena acid tadi.



sample hydrochloric acid, hati-hati yaaa....



Sunday, October 24, 2010

HIJAU BUMI KITA...

tadi masa gua belek2 gambar2 yang gua snap masa cuti raya haritu kan, gua ternampak la banyak photo2 alam sekitar (pokok, bunga-bungaan, gunung dsb) dalam album gua nie. gua memang suka sangat alam sekitar ni, sebab gua rasa tenang giler beb bila lihat keindahan alam ciptaan Tuhan. pokok2 yang menjadi sumber oksigen kita nie, haiwan2 yang unik, gunung-ganang yang berjuta tahun usianya dan sungai2 yang jernih mmg gua xpenah jemu nak tengok. gua nak bangat pegi vacation khas untuk mengusha flora-fauna dan khazanah alam semula jadi yang lain. 


sejenis pokok yang cantik lantas membuat gua teruja nak tangkap gambar dia.

             
gambar dahan dia. 

namun begitu la kan, serta-merta perasaan sedih pilu memukul hujung hati gua nie, gua nak makan aspirin banyak2 takut addicted kan. gua sedih bukan sebab gambar tu buruk sebab gua xreti tangkap gambar, lantak pi la gambar buruk ke cantik ke asalkan gambar betol x kawan2? hahaha!! gua cume terfikir la, sampai bila la akan berkekalan kecantikan alam sekitar kita nie? adakah anak cucu kita sempat merasa pemandangan indah flora dan fauna yang ada di Malaysia? ntah la, gua pun tak taw la nak cakap camne. sedih nie. :( 



gua tengok tabiat membuang sampah merata-rata dah semakin menjadi darah daging salai dah skang nie. gua tgk pembalakan haram semakin serius dan terlalu bebas seakan-akan hutan simpan kita di Malaysia tu memang di-SIMPAN untuk pembalak haram. gua tengok ada nelayan menangkap ikan di kawasan terlarang malah menggunakan pukat mata kecil. kesian anak2 iakn xsempat nak besar dah masuk pukat. lu orang sedih tak?? kalau x sedih mmg xde taman la dalam hati lu orang nie. tabiat buruk merosakkan alam sekitar yang gua nak kupas lagi nie adalah mengamalkan pembakaran terbuka. kalau setakat bakar lemang time raye tu bukan ea... tu bukan haram tu, yang gua maksudkan adalah pembakaran hutan, pembuangan sisa asap kilang ke atmosfera dan lain2. 




camne kita nak atasi benda2 nie? kita kena start dari awal la beb, start dari benda2 kecik. sebab kalau kita nak direct pegi kilang sound manager, "wey bro agak2 la lu release asap macam nie bro. gua emphysema niee.. lu cantik sikit.." tu macam terlalu x berasas sebab kita kena pikir jugak kemungkinan kita dibaling masuk cerombong asap tu atau kalau sapa2 yang xpaham cerombong tu, dalam bahasa omputeh kita panggil chimney. haaa... we all kene pikir dalam2 jugak derr. xpe, kite start dengan benda simple, kita stop bakar2 luar2 rumah nie. kalau nak sangat bakar kita hadkan pembakaran tu. bukan tu je, kite boleh jugak amalkan recycling atau kitar semula. at least dapat jimatkan tenaga dan bahan mentah. betoi dak? haa, jangan lupa jugak semai minat menanam pokok x kira la pokok bunga ke, periuk kera ke, periuk babun ke, tanduk rusa ke, tanduk kijang ke, tanam balak ke dan banyak gila lagi la pokok yang ada dalam dunia nih. kan bagus cadangan gua nie. gua kat umah minat gak tanam2 pokok2 nie, gua ngan mak gua rajin la pegi pusat semaian beli tanah gambut, baja, dan anak2 pokok nak tanam kat sekeliling rumah, bukan saje dapat bantu hijaukan alam sekitar, malah mencantikkan rumah dan merapatkan hubungan ibu dan anak. apelagi??? try lahh!! japg lu orang usha la gambar gua ade clip nanti. gua rase minat sebab atuk gua minat pastu genetic tu dapat kat keluarga gua. terbaik btol!
nie bibik gua tanam. gua pun tatau bunga apa.


mak gua suka betol oked-oked nie.


gambar depan umah gua, pokok mak gua tanam.
close up sikit.



       gambar atuk gua yang gua sayang. dia memang suka tanam pokok2.







atuk gua minat tanam pokok buah-buahan, biasalah dah pencen, duk kampung bukan ada bende nak buat sangat pun, dia tanam pokok2 pastu skang semua pokok dah keluarkan hasil, nanti lu orang buat la mcam tu. time musim buah je, xyah nak beli2 dah, balik kampung je, buah semua menanti segar-bugar atas pokok. memang aritu gua panjat pokok manggis sambil makan buah atas pokok yang sama, memang gua xley nak citer kenikmatan tu. memang PERGHH!!! bukan senang bai nak dapat pengalaman macam nie. pokok langsat pun gua tibai jugak!



pokok langsat, penat gua panjat nak petik buah









  
           pokok rambutan belakang rumah atuk gua.


KESIMPULANNYA, kita kena jagalah anugerah yang Tuhan dah kurnia kat kita nie. gua btol2 sedey la tgk orang yang dok tebang sana tebang sini secara haram. panas je gua. kita jadikan diorang nie contoh yang mmg fakap gila lah ok? 


PERIBAHASA utk post kali nie... "Seperti orang melintas jalan tanpa menggunakan jejantas, lambat-laun dilanggar kereta". maksudnya, orang yang membuat kesalahan (pembalak dan nelayan yang melakukan aktiviti2 haram), pasti akan menerima hukuman setelah disabitkan kesalahan. PEACE BRATHA!! 

              PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT: "jadilah pengguna jalan raya yang bijak ye. gunakan jejantas."

MAKANAN PALING SEDAP DI DUNIA

wei, gua betul2 sedey la skang nie. gua bangun tido tibe2 teringat kat satu bende yang selalu gua buat la time balik Malaysia aritu. pehh. liur dah nie. gua buat ape? nikmat die, huh, sedap dow. leleh lagi nie. gua MAKAN.


kat Egypt nie, makanan Arab yang sedap, nak cari bapak susah, bak PERIBAHASA orang tua, "sepandai-pandai orang asli menjejak binatang, tahi kambing terbau juga". makna peribahasa nie adalah; walaupun kita pandai cari makanan sedap, bau yang kuat akan menusuk hidung juga. camtu lah gua kat sini, nak pegi makan bende sedap, pasti bayangan makanan melayu akan terngiang2 di kepala gua ini. 


masa gua kecik2, memang parents gua dah ajar dah makan makanan Melayu, makanan2 lain layan jugak tapi darah Melayu mmg dah mengalir deras dalam urat dawai ku ini. amik kau. gua kecik lagi dah makan pucuk gajus cicah budu, dah makan dah ulam raja cicah sambal belacan, kecik nie bukan form 1 ke form 2 ke, kecik yang gua maksudkan adalah ketika gua berumur dalam range 7-11 tahun. lepas tu, sambal belacan tu gua ratah pun takdehal wa cakap sama lu. memang makanan Melayu nie memang the BEST lah!!  time kasih kepada nenek moyang kita yang kreatif yang telah mengadaptasikan imaginasi mereka ke dalam masakan dan  sebagai hasilnya wujudlah makanan Melayu yang terboekk nie.


haaa, korang semua mesti ade peberet korang kan. kalau peberet korang pasta ke lasagna ke boleh pegi MAM la kan, pegi blog Italy lah. kalau peberet korang chicken chop, packing baju pindah Chicago lah terus. nama tu kalau boleh mintak tuka la sekali. kalau dulu orang panggil Mat, dah boleh tuka jadi Matt Roy El Stainge Barker, biar orang taktahu terus identiti Melayu kau. gua pegi bazaar Ramadhan ketika bercuti haritu, pehhh gua cakap lu, bukan setakat awek besepah, makanan yang lazat pun sama. semua ada, damn you, rasa nak makan time tu jugak, nasib la gua baik. wahah!

Makanan Melayu peberet gua adalah........ GULAI TEMPOYAK IKAN PATIN SANGKAR... ikan patin tu sila pastikan sangkar ye, kalau kolam gua taknak, sebab gua xsuke nak makan nasi lauk ikan patin tapi xdapat feel yang cukup. ini disebabkan oleh bau ikan patin kolam yang kurang menyenangkan, bak kata pepatah yang di atas tadi lah. lu all kalau nak berterima kasih kat gua ke, nak balas budi baik gua ke, xyah la nak menaburkan wang emas ke, kata-kata manis ke, pujian yang melambung ke, cukup la sekadar bagi gua makan gulai tempoyak, kalau xde ikan patin, ayam pun jadi, kalau ade ikan sungai apa2 yang lain pun gua beres jugak. gua masih dapat bayangkan la bro macam mana ikan patin gulai tu hancur dan meresap ke dalam liang2 lidah gua lalu amsuk ke dalam olfactory nerve gua. gila ah. boleh pengsan woo!! 


kalau lu all nak tau lah, nak masak nye bapak mudah. tapi bahan2 yang penting (tapi malangnya ramai lu all xtau bende2 nie penting) seperti serai, daun kesum dan bunga kantan MESTI ada. yelah, sama macam main bola ngn boot bola, boots dah Nike ke Adidas dah, tapi studs xde. xke lahanat macam tuh??! haaa, sama lah. tapi kalau duk Mesir nie, xyah pun takpe, sebab paham2 la kan, Arab mana kenal bende2 nie smua. Dia makan makanan dia tu je. memang tak la nak jumpe daun kesum kat kedai Arab. orang Arab nie gua xpaham betul, makan ayam bakar setiap hari xkan xbosan? kemana hilangnya 'variety'? kemana hilangnya kreativiti dan inovasi serta kemahiran membina diri mereka? tidakkah mereka mahu mengimprovisasi kepelbagaian dari aspek makanan, budaya dan seni etnik mereka? kita sebagai manusia hendaklah sentiasa berada dalam landasan kemajuan dan usaha memajukan bangsa hendaklah datang dari segenap penjuru dan disumbangkan oleh setiap ahli masyarakat. huh, YB Fariz Farell kan?


Gulai yang paling sdap yang gua penah makan adalah yang dibuat oleh wan sedara gua ngn mak gua. memang nasi tu kalau tambah 4 round sekalipun memang xde masalah la. gemuk ke obese ke memang gua ketepikan la. yang penting lauk depan mata gua kene habiskan! AHAHAHAHAHA!!!

KESIMPULAN gua yang dapat gua layarkan pada post gua kali ini adalah kita mestilah menghargai asal usul bangsa dan mengukuhkan jati diri kita. Di samping itu, hargailah jasa nenek moyang kita walaupun kita tak pernah berjumpa mereka kerana disebabkan merekalah, kita dapat menikmati gulai tempoyak yang enak, lazat dan menggodam jiwa ini, tarak tipu nye derr! till we meet again fellas'!! 

Saturday, October 23, 2010

SELANGOR vs KELANTAN (bukan bola, tapi ultimate fighter!)

Gua nie bukan nak mengutuk sape2 biar pemain selangor atau kelantan, tapi gua nak luah sikit la pasal bolasepak negara kita. Pasukan bolasepak Malaysia ni semua orang taw kan, xdela bertaraf antarabangsa sangat la kan, mungkin sebab peruntukan kurang ke, peralatan latihan slack taraf sekolah pra ke, dan semua kena sedar la pasal bende nie. malangnya baru2 ini ada seorang fan telah mati di tempat kejadian bro. sudah-sudahla kematian di jalan raya dah memang tinggi, jangan la naikkan kadar kematian dalam stadium pulak! gila lah brader!! cuak gua!! kalau gini lah, bapak seram nak tengok bola kat stadium kat malaysia! tapi gua rasalah, mmg boleh der naik kadar kematian dalam stadium. nasib baik lah masa stadium kat terengganu tu runtuh, xde majlis apa2 kalau tak, ha! setel lah kene bambu satu dunia.


berbalik kembali kepada cerita arwah yang meninggal selepas perlawanan tu, kita semua xtau la arwah meninggal sebab apa tapi ada sumber mengatakan die meninggal ketika keluar bersesak2 keluar dari stadium. ada yang kata dia kena baling ngn batu bata, tapi xmungkin la kot, kalau betol la kena baling ngn bata tu, nakharam, mau berlubang la siak dada. adoi. tapi papepun, kalau dia maut bukan sebab serangan puak hooligan dari negeri lawan, boleh je bro nak amik iktibar dari bende lain. dah memang kita orang malaysia nie ada yang terlalu obses sgt ngn pasukan bola negeri.


ada je gua nampak orang bertekak kat kedai makan, sesame kawan2 kalau gebang pasal bola sepak liga super ke malaysia ke. hakelah!! lek2 sudah, xkemana la lu nak betekak, cam gapek je sekor2. baik lu sakitkan tekak lu dengan melawat pusat karaoke bersofa ataupun jamban dan melalak lagu rock kapak, xdehal la jugak, atleast menanam minat cintakan seni muzik tanah air dengan menyanyi lagu2 evergreen. YEAHHH!!!! rock kapak terbaik la brader! no hal la 3 jam layan rock kapak. sumpah gua cakap nieh.


hipotesis gua kali ini, kita jangan lah bergaduh sampai merosakkan harta benda awam atau sampai mendatangkan mudarat kat orang lain. hish, buat cuak la siak. damn you. kite tengok bola, sorak2, jerit2 sikit, cat muka sikit, pakai jersi sikit, usha awek stadium sikit, mana tau lu orang leh jumpa awek2 atau pasangan hidup. hahah:P


PERIBAHASA HARI INI: "seperti ayam berkokok kuat lalu disembelih orang"
*maksudnya: sekiranya ekstrim sangat, mesti ada padah menimpa batang hidung. seperti ayam, berkokok kuat sampai orang dengar, kene tangkap pastu setel la kene sembelih. kalau musim raya, amik hang, budak2 dgr bunyi ayam, mulalah nak cari mana datangnya bunyi ayam sebab tangan dah gatal nak baling mercun bola kat ayam.

                                   bapak die sembelih kaki!!!

Pilgrims of Loneliness

As I walked along the pavements,

glittered by the gray light of the midnight moon.

Shimmered. Shivering in the middle of the dead city. 

I kept on walking as voices of the unknown rushed my ears.

Bright lights of my hometown swayed within my conscience.
I didn't choose this but it is wise for me to stood here.
Neither as a boy nor as a pupil.
But as a man.

The future is too much a distance,
useless to be kept a dream.
What matters the most is now.
Simply now.

It is the instance when your dear heart pounds,
when your feet step,
when your eyes open and shut,
when detections of surroundings come by you.
Do not dream of putting your arms around the future
if you have not yet make love with the present time.

And so I called myself the Pilgrim of Loneliness.
Far from contentment and wishes.
As far as I could ever imagine.
Sayings said patience is the companion,
what if my soul lack of the need to be patient?

Lets just pray to the Almighty,
asking to be loved and blessed.
May the path taken by the Pilgrim of Loneliness
be one with brightness and delights.
Far from hatred and discrimination.

~ALEXANDRIA~

Saat ku menyisip di celahan lorong-lorong kecil,

di sebuah kota lama,

melihat ragam anak-anak Adam,
kepelbagaian cara dalam mencari sesuap nasi.

Kesedaran menjelma,
terlalu banyak yang aku tidak tahu perihal kehidupan,
pengalaman lalu melayang-layang,
sama seperti angin sejuk yang menghembus.

Melihat manusia lantas menyedarkanku, 
betapa jauhnya aku dari zat yang aku sayangi,
betapa aku perlu mengerah tenaga,
dalam menyempurnakan warna hidupku,
seperti yang terlukis dalam fikiran orang tuaku.

Di sebuah kota yang bernama Alexandria,
aku bagaikan pelayar yang hendaknya mengelilingi dunia,
namun kapal yang aku naiki itu hanya baru keluar dari pelabuhan,
dan anak-anak kapalku,
adalah aku sendiri.
Baru ku sedar akan betapa bergantungnya masa depan aku,
atas usaha dan roh aku sendiri.

Dengan rasa rendahnya aku berharap,
agar pelayaranku nanti akan tenang
dan semoga ombak dan ribut yang mendatang,

dapat jua aku rintangi dengan rela dan diselubungi ketenangan.