Sunday, October 24, 2010

MAKANAN PALING SEDAP DI DUNIA

wei, gua betul2 sedey la skang nie. gua bangun tido tibe2 teringat kat satu bende yang selalu gua buat la time balik Malaysia aritu. pehh. liur dah nie. gua buat ape? nikmat die, huh, sedap dow. leleh lagi nie. gua MAKAN.


kat Egypt nie, makanan Arab yang sedap, nak cari bapak susah, bak PERIBAHASA orang tua, "sepandai-pandai orang asli menjejak binatang, tahi kambing terbau juga". makna peribahasa nie adalah; walaupun kita pandai cari makanan sedap, bau yang kuat akan menusuk hidung juga. camtu lah gua kat sini, nak pegi makan bende sedap, pasti bayangan makanan melayu akan terngiang2 di kepala gua ini. 


masa gua kecik2, memang parents gua dah ajar dah makan makanan Melayu, makanan2 lain layan jugak tapi darah Melayu mmg dah mengalir deras dalam urat dawai ku ini. amik kau. gua kecik lagi dah makan pucuk gajus cicah budu, dah makan dah ulam raja cicah sambal belacan, kecik nie bukan form 1 ke form 2 ke, kecik yang gua maksudkan adalah ketika gua berumur dalam range 7-11 tahun. lepas tu, sambal belacan tu gua ratah pun takdehal wa cakap sama lu. memang makanan Melayu nie memang the BEST lah!!  time kasih kepada nenek moyang kita yang kreatif yang telah mengadaptasikan imaginasi mereka ke dalam masakan dan  sebagai hasilnya wujudlah makanan Melayu yang terboekk nie.


haaa, korang semua mesti ade peberet korang kan. kalau peberet korang pasta ke lasagna ke boleh pegi MAM la kan, pegi blog Italy lah. kalau peberet korang chicken chop, packing baju pindah Chicago lah terus. nama tu kalau boleh mintak tuka la sekali. kalau dulu orang panggil Mat, dah boleh tuka jadi Matt Roy El Stainge Barker, biar orang taktahu terus identiti Melayu kau. gua pegi bazaar Ramadhan ketika bercuti haritu, pehhh gua cakap lu, bukan setakat awek besepah, makanan yang lazat pun sama. semua ada, damn you, rasa nak makan time tu jugak, nasib la gua baik. wahah!

Makanan Melayu peberet gua adalah........ GULAI TEMPOYAK IKAN PATIN SANGKAR... ikan patin tu sila pastikan sangkar ye, kalau kolam gua taknak, sebab gua xsuke nak makan nasi lauk ikan patin tapi xdapat feel yang cukup. ini disebabkan oleh bau ikan patin kolam yang kurang menyenangkan, bak kata pepatah yang di atas tadi lah. lu all kalau nak berterima kasih kat gua ke, nak balas budi baik gua ke, xyah la nak menaburkan wang emas ke, kata-kata manis ke, pujian yang melambung ke, cukup la sekadar bagi gua makan gulai tempoyak, kalau xde ikan patin, ayam pun jadi, kalau ade ikan sungai apa2 yang lain pun gua beres jugak. gua masih dapat bayangkan la bro macam mana ikan patin gulai tu hancur dan meresap ke dalam liang2 lidah gua lalu amsuk ke dalam olfactory nerve gua. gila ah. boleh pengsan woo!! 


kalau lu all nak tau lah, nak masak nye bapak mudah. tapi bahan2 yang penting (tapi malangnya ramai lu all xtau bende2 nie penting) seperti serai, daun kesum dan bunga kantan MESTI ada. yelah, sama macam main bola ngn boot bola, boots dah Nike ke Adidas dah, tapi studs xde. xke lahanat macam tuh??! haaa, sama lah. tapi kalau duk Mesir nie, xyah pun takpe, sebab paham2 la kan, Arab mana kenal bende2 nie smua. Dia makan makanan dia tu je. memang tak la nak jumpe daun kesum kat kedai Arab. orang Arab nie gua xpaham betul, makan ayam bakar setiap hari xkan xbosan? kemana hilangnya 'variety'? kemana hilangnya kreativiti dan inovasi serta kemahiran membina diri mereka? tidakkah mereka mahu mengimprovisasi kepelbagaian dari aspek makanan, budaya dan seni etnik mereka? kita sebagai manusia hendaklah sentiasa berada dalam landasan kemajuan dan usaha memajukan bangsa hendaklah datang dari segenap penjuru dan disumbangkan oleh setiap ahli masyarakat. huh, YB Fariz Farell kan?


Gulai yang paling sdap yang gua penah makan adalah yang dibuat oleh wan sedara gua ngn mak gua. memang nasi tu kalau tambah 4 round sekalipun memang xde masalah la. gemuk ke obese ke memang gua ketepikan la. yang penting lauk depan mata gua kene habiskan! AHAHAHAHAHA!!!

KESIMPULAN gua yang dapat gua layarkan pada post gua kali ini adalah kita mestilah menghargai asal usul bangsa dan mengukuhkan jati diri kita. Di samping itu, hargailah jasa nenek moyang kita walaupun kita tak pernah berjumpa mereka kerana disebabkan merekalah, kita dapat menikmati gulai tempoyak yang enak, lazat dan menggodam jiwa ini, tarak tipu nye derr! till we meet again fellas'!! 

5 comments:

  1. hahhaaaa..
    sape suh ltk link kat mumtazbazz..
    kn saye sudaa mnjadik stalker!!
    xpun~~~ bru skali je jenguk..
    btw.. post nih beshhh..
    sngt lawak la bahase..
    cm obe.. sbb nmpk cm follow blog serius.. haha..

    ReplyDelete
  2. post2 yang best menanti anda, apa kata menjadi follower? :D:D

    ReplyDelete
  3. woi lu apesal pos pasal makanan? cilakak tgh2 malam ni mengidam gulai tempoyak pulak dah! hahaha
    folow blog gua jugak

    ReplyDelete
  4. king, lu jadi follower blog gua ke? boeeekk la kalau gitu!

    ReplyDelete